Jun 13, 2017

Apa yang ada di FAMILYMART?



Ok bila kita sebut je nama FAMILYMART, ada yang dah tau, dan ada yang masih belum tahu kewujudannya? As for me, kebetulan awal tahun lepas, aku ada bercuti utk sambut besday wife di Jepun, so merasa sendiri pengalaman masuk ke FamilyMart Jepun.

haa nampakkk, abg siap tunjuk bukti g Jepun aritu. kah! 


FamilyMart nih ekceli konsep dia sama mcm store retail chain yang bnyk tumbuh di Malaysia nih, cuma bagi aku, lagi best. Dan lagi best kalau korang mmg suka konsep2 barangan Jepun. Bila sebut je nama FamilyMart nih, ekceli FamilyMart nih datangnya dari Jepun pada tahun 1973 dan berkembang sehingga sekarang. Sehingga ke tahun ini 2017, lebih daripada 25,000 buah FamilyMart ada di seluruh dunia yang melibatkan 8 buah negara iaitu of course Jepun sendiri, Taiwan, Thailand, China, Vietnam, Indonesia, Filipina, dan yang terbaru di negara kita sendiri iaitu Malaysia.  tooodiaaa siap belajar sejarah haa. Kalau di Malaysia, setakat harini, dah ada lebih dari 12 buah FamilyMart ( ada yang 24 jam, ada yang ikut waktu shopping complex operation ). dan aku harap lebih banyak FamilyMart dibuka dengan segera sbb best gila!





seronok kan.. sbb bila tgk tersusun jek pelbagai product makanan. Ada yang datang dari Malaysia, dan ada yang import khas dari Jepun sana.

dan dan dan...

bersempena dengan Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal tiba nih, FamilyMart ada sediakan Produk Makanan baru yang sesuai dengan tekak kita org Melayu nih. dan ktorg aritu blogger2 dan smpt aku bawak family . mmg enjoy gila juadah makanan yang ada.





FamilyMart mmg sediakan satu ruangan khas yang dipanggil " Mini Bazzar Ramadhan" dan dekat sini laa terletaknya juadah2 yang dah Ready to Go! korang just beli, dan panaskan kat microwave yang disediakan dlm FamilyMart nih atau bawak balik dan panaskan kat rumah.

Rasa??

haaa nih part yang aku suka nak bgtau. Walaupun xda laa sepakar chef2 termuka kt luar sana, tapi aku boleh ckp, Rasanya mmg A+! lagi2 sambal tumis ikan bilis dia. perghhh! terangkat mmg berkali2 aku tambah time tuh.

Basically, utk juadah baru Mini Bazaar Ramadhan nih ada plenty of food yang disediakan. Antaranya Nasi Pulut Kuning, Nasi Impit, Lemang ( haaa jangan x percaya, lemang pon ada okey! ), Nasi Putih ( kalau yang x smpat nak masak kat rumah ), Sambal Tumis Ikan Bilis ( fav aku dan sedap ), Ayam masak merah, Ayam Kapitan ( this one wajib try ), Kari Ayam, Rendang Ayam, Kuah Lodeh, Nasi Tomato Bento dan banyakkkk lagi! Nampakk.. banyakk kan? Masa mula2 amik, aku tgk portion dia mcm siket jek, tapi bila dah makan, dua org pon boleh kenyang.

Harga?

dari segi harga plak, mmg sgt sgt Murah bagi aku untk kualiti dan portion yang disediakan. Macam satu bekas ayam kapitan tu for example, baru RM5.90, siap dua org boleh makan. Tu haa smbal tumis, baru RM4.90. Mana nakkk dpt dekkk. Dah laa sedap, murah, cepat plak tuh. Buat korang yang jenis nak cepat, jenis tak da masa, baik singgah ke mana2 FamilyMart yang terdekat skrg!





Anak2 aku pon cukup suka masuk FamilyMart nih, sbb toys yang dengan cekedis tuh pon ada jual. Sukati dia jek nak amik apa dia suka. Haa nampak, FamilyMart nih konsep dia berjaya buat seisi family nak datang kat sini.

Sebenornya banyak jek lagi Produk dan Perkhidmatan yang disediakan dalam FamilyMart tu sendiri. Antaranya, Makanan yang sedia utk dimakan ( mcm yang aku xplain kat atas tuh ), termasuk signature FamilyMart tu sendiri, Oden, Bento, Onigiri, Sofuto Ais Krim, Sandwhiches, roti, pelbagai pilihan mee dan pasta dan banyak lagi lah.

FamilyMart nih pon ada barangan import ( bukan makanan ) turut dijual spt tisu make-up remover, set manucure, facial masks la. eh mcm2.

Kalau dr segi perkhidmatan, haaa kat sini korang boleh print2 dokumen, nak bayar bill boleh, nak topup dan reload boleh dan mcm2.

Shampoo, sabun, ubat gigi, berus gigi, barangan keperluan rumah, semuaa ada!!

Huissshhh best terlampau best kan!


nih masa anak aku cantik2 semenggah lagi perangai dengan Kebarung Xaara Red.
Lepas beberapa ketika, rambut pon xserupa rmbut dah. 
xaara ...xaara.. hahaha





Haaa nih laa juadah yang aku cakap tadi. Ko tgk sambal atas tuh dan lauk pauk yang ada. ckup menggiurkan ye . Sempat tapau bawak balik rumah, sbb  nak bersahur pap pap pap siap!
Mcm aku ckp, Fav aku Ayam Kapitan, dan sambal Tumis dia. Ckup dua ni kenyang dah.






haaa last but not least, nih laa geng2 blogger yang turut memeriahkan majlis.. Makan, borak, makan borak, makan borak, sampaai memasing boncet.


Cepat laaa FamilyMart bukak kat area Shah Alam pulak. hehe


Dua adik beradik yang puas hati dpt mengepaww barang2 dlm Family Mart! 

Sekian.




Jun 1, 2017

Percaturan Allah Yang Tak Pernah Silap



Percaturan Allah Yang Tak Pernah Silap! 


Entry ini buat pasangan suami isteri yang masih blum mmpunyai cahaya mata. 



Kadang2 kita slalu mengeluh, si A ni kawen, xsmp sebulan, eh terus melekat. Bunting pelamin laa tu. Bini dia subur, laki dia subur, bla bla bla. Kami ni dah lama kawen, honeymoon sana sinun, urut sengkak naikkan rahim segala, yang suami pon xkurang hebat, pon berurut batin jugak, , dah follow jadual kesuburan ikut doktor ckp, bersama almost evryday, bertukar dari pakai spender ke pakai boxer kononnya nnt tahap kesuburan kurang, hmmm nmpk gayanya xda lagik bayang cahaya mata. 

Pernah dgr kan? Kdg2 smp naik segan dgn mak ayah sedara mara bila balik kg. Tanya mengalahkan reporter, bila kita nak dpt cahaya mata. Maka bermulalah sesi tazkirah x berilmiah, pergi laa urut sana, pergi la berurut sini, makan la jamu tu, makan la jamu ni. Smp tekak pon naik loya dek makan jamu ntah hapa2 kemahin banyak.

Mulut org.. Buat apa kita nak peduli. Diorg bukan tau pon apa yang kita hdap hri2 laki bini. Diorg bukan pernah tdo bawah ketiak suami pon. Percayalah, percaturan Allah tu sgt tepat, tak lmbt sesaat, tak cepat sesaat. On d rite time dia akn bg.

Cuba tnya diri kita sndri, adakah kita betul2 paham hati budi suami/isteri kita skrg? Kdg2 allah bg masa utk kita dalami n paham ckup2 prngai pasangan kita. Kang bila da terberanak, takda laa satu pihak je yang jaga anak. Jaga anak ni x semudah jaga anak tekak kita ye. Kene laki bini sepahaman. Br mmbesar elok sehat anak2 tu. Or maybe, allah nk bg kita masa puas2 bercintan cintun dgn pasangan kita. Sok bini da bersalin, almost 24hours isteri dgn anak sbb melekap nak nyusu. Yang kita ni suami terkapai2 kesepian di bucu katil. Kejkehkeh. So time berdua blom ada anak ni la masa yang sesuai utk korang berdating, berhoneymoon, or maybe menyusu puas2 hahahaha. 

Allah tahu, maybe financial kita x ckup kuat utk tanggung satu nyawa yang bakal kluar nnt. Deyyy, ingt murah, drypers, susu s26, makan pakai minum segala semua? So biar kita betul2 kukuh financial, insyaallah time tu laa berkemungkinan kita akan dpt apa yang kita nak selama ni.

Biar 10tahun menunggu skalipun, klau dah ditakdirkan rezeki kita dpt anak time tu, redha sahaja. Sbb allah tak pernah silap, xpernah lupa, dan sgt sayaaaang hambanya yang bersabar.

Yang makcik2, pakcik2, kakak2, ipar duai, kawan2 pon, plz jaga sensitiviti...bukan sume org mcm awak kak, kawen2 je terus melekat..jg mulut nih..hal anak2 nih terlalu senstive utk tnya...kalau prasan, if tnya je pasal anak, mesti berubah muka pasangan yang da lama kawen tuh. Yes tak salah nak bercerita, tapi, berlapik2 bila bertanya. dan x salah pon nak try mcm2 cara, tapi beringat, if Allah nak bagi, tetap dia akan bagi. utk dptkan anak nih x semudah kita lukis kartoon pakai kaler crayon, then warnakan pakai kaler luna, kalau semudah itu, boleh kita lukis 4-5 orang kartoon, 3 org kita bagi kat awak, 2 orang kita amik..x semudah itu mcmmmmm...perlukan mcm2 pengorbanan, kesbaran dan penelitian.

Dapat anak, tak dipengaruhi betapa bnyk dan pekatnya sperma abg2 semua ye, tapi dipengaruhi betapa dalamnya cinta korang pd pasangan. dapat anak juga tak diperngaruhi oleh brapa ratus skill yang abg2 praktikkan ye, tapi dipengaruhi oleh betapa infiniti kasih sayang korang terhadap pasangan masing2. Buat laa skill tergolek dok sekali pon, hatta patah riuk katil skalipon, kalau Allah kata blom tiba masa, buat penat je korang bergelumang..kikikiki. tapi x salah kalau nak cuba dan ikhtiar.Keep praying, jgn pernah putus asa, pekakkkan telinga bila org ckp itu ini.

Tahun ni sahaja, sekali dua org cahaya mata ktorg dpt. Sorang bayi lelaki handsome soleh andheqa indrawan ( merdeka boy ), dan sorang lagi bayi perempuan rupawan solehah aqiesha iexara (nuzul quran qirl ). Nak sgt baby, hambek, sekali dua allah bagi sekelip mata. Nah! Jgn sesekali pertikaikan apa yang Allah bagi. bersilat pepagi nak siapkan diorg. yang si mommy siapkan kakak, yang si daddy siapkan abg. dua2 ada cabaran. so kat sini yg perlukan kesepahaman yang tinggi.. masing2 kena sabar ok..=) pejam celik pejam celik, si Abang dheqa dah setahun da umur, dan si adik xaara dah 2 bulan dah..eh, kejap sungguh...jeng3x...=)

Nampak kan? Betapa sayangnya allah pda kita??
jgn pernah berputus harap. kalau di dunia ditakdirkan kita tidak punya cahaya mata, percayalah, ada sesuatu yang indah menanti di Syurga Allah nanti.keep praying! kalau rasa terkesan dgn status nih, print molek2, liminate dan tampak kat workspace, ruang tamu or mana2 tmpt korang. bca bnyk kali, dan tlg doakan semuaaa pasangan di dunia nih mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah. ameen.

Daddy,








( status ini dimuat naik di facebook pada 3 September 2015 dan menerima lebih dari 31k likes dan 21k shares! )


Mar 31, 2017

PAMERAN HOMEDEC KEMBALI !





Assalamualaikum, hye guys !!!

Just nak bgtau, yang Pameran HOMDEC kembali bermula April 2017 ini bersempena dengan ulangtahun yang ke-15 dan yang menariknya, HOMDEC akan mengadakan jualan yang sgt best! Mungkin ada yang tak tahu lagi apa itu HOMDEC betul kan? So basically HOMDEC ini adalah Pameran Rekaan barangan rumah temasuk kelengkapannya. Pendek kata, semua barangan rumah yang anda inginkan, semuanya ada di pameran ini dengan harga yang sangat sangat berbaloi dan berpatutan! 

Ada 3 tempat berbeza mengikut tarikh-tarikh tertentu, seperti di :

1.     Penang pada 7 hingga 9 April 2017
2.     Kota Kinabalu pada 21-23 April 2017
3.     Kuala Lumpur pada 28 April hingga 1 May 2017





Korang boleh membeli belah barangan yang terbaik dan exclusive di HOMDEC ini seperti kelengkapan rumah, perabut, aksesori dan banyak lagi! Boleh klik link nih utk tawaran yang lengkap http://bit.ly/HDExclusiveDeals    




    Jangan ketinggalan utk sama-sama merasai HOMDEC SALEBRATIONTM ni sebabnya, korang berpeluang utk memenangi hadiah yang bernilai lebih daripada RM300,000 termasuk gold bar, wang tunai dan banyak lagi!!! If korang berbelanja minimum RM150, korang berpeluang utk memenangi hadiah yang sgt menarik, manakala yang berbelanja RM1500 dalam satu resit pula, berpeluang utk memenangi hadiah wang tunai, barangan dan voucher di samping dapat membawa pulang ‘gold bar’ seberat 50 gram yang bernilai RM10,000 okeeeyyy!!!

Untuk pengetahuan korang juga, kali nih  HOMEDEC turut menawarkan 10 ‘gold bar’ utk dimiliki dan wang tunai sebanyak lebih daripada RM150,000 yang akan menjadi milik pengunjung yang bertuah melalui HOMEDEC SELEBRATIONTM ini.


HIGHLIGHT TERBARU




Pada tahun ini, HOMEDEC SHOWHOME bertemakan : KIDS LIVING & DESIGN SHOWHOME      ( kehidupan kanak-kanak dan rekaan rumah ).

Korang berpeluang untuk melihat sendiri, rumah pameran yang dibina di dalam dewan exhibition sendiri di mana ianya menekankan aspek ruangan kehidupan di masa hadapan dengan mewujudkan peranan kesedaran yang relevan terhadap kanak-kanak. . Ini adalah dalam usaha HOMEDEC bekerjasama dengan badan-badan tertentu termasuk pereka tempatan dan firms untuk membina HOMEDEC Showhome ni.

            Korang boleh melihat sendiri rumah pameran yang terletak di tingkat 5 dalam dewan exhibition yang memfokuskan ke arah kehidupan kanak-kanak dan rekaannya. HOMEDEC percaya bahawa tema kali ini akan berjaya serta relevan dan akan memberi kebaikan kepada pemilik rumah.

Details Pameran HOMEDEC

1.     HOMEDEC Penang
·      7-9 April 2017 ( jumaat – ahad ) bertempat di SPICE Arena, Pulang Pinang
·      11pagi – 9 malam

2.     HOMEDEC Kota Kinabalu
·      21-23 April 2017 ) jumaat – ahad ) bertempat di 1Borneo, Kota Kinabalu

3.     HOMEDEC Kuala Lumpur
·    28 April – 1 May 2017 ( jumaat – isnin ) bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre
·      10pagi – 8 malam



So apa tunggu lagi, tak perlu susah2, boleh buat pra-pendaftaran hari ini di http://bit.ly/HOMEDECpreregister04  dan berpeluang memenangi baucar tunai Fanco dan pemanas air Rinnai yang  bernilai lebih dari RM4,500! Jangan ketinggalan ya!

May 30, 2013

Hijab Fashion Advert




Assalamualaikum semua..phew phew..ekceli mata tak boleh lelap..setelkan few editing..
nih latest hijab fashion advert yang baru je snap ptg tadi.
latest koleksi dari qish qish butik shah alam. 

tak plan pon sebenarnya nak shoot kat outdoor, tapi sbb dah lama tak shoot outdoor gigihkan diri jugak g shoot kat luar dgn fiq, kak cica n abg fazli.
hmmm..dgn tak bawak speed litenya, berbekalkan semangat waja lite2, terus shoot. 
and outcome, YES seperti yg bermain di dalam minda masa drive nak ke lokasi photoshoot~
tq Allah sbb bg idea.

btw soweeyyy tak berkesempatan lagi nak citer pasal majlis perkahwinan.
abes2 je majlis wedding ahad 12 may lepas, esoknya keje. 
tapi xpe, sbb suka keje skang..ngeh3x
btw, skang aku dah setup online boutique dgn wife tercinta, akak lynda roslan ko tuh ha..
so agak2 bosan takda tudung baru nak pakai, klik laju2 kat www.lyndaroslan.com

nnt2 ek aku update pasal wedding tuh. gmbr bnyk mmg beriya.
yer laa, dua2 org suka amik gmbr, sudahnya, ak sndri cam blerrghhh bnyk gle gmbr ko aizul~ fine! haha

chet, td beriya nak citer pasal hijab fashion advert, tup2 citer pasal life ko.
aizul aizul...hahaha. **tergelak time type.


kesian plak akak sorang atas nih, beriya posing aku tak citer pasal dia kan..ngee3x
ok nih Zirra. model rasmi qish qish.
ikut je aku suro posing camne. hauahu

ngantuk sbnrnya nih..sowey ek kalau cam str8 fwd je citer.

ok sume. cam biasa, if u guys interested with Hijab Photoshoot, 
kindly contact me ya!
aizul_marcello@hotmail.com

btw, abg aizul ko nih dah tak wat wedding photoshoot dah taw. fokus pada hijab and modelling shoot sajor..
jap lagi mesti ada komen, "alaaaa, baru nak suro abg aizul shoot gmbr wedding ittew"
jawapan aku : sudah la ko, propa lebeh..sapa suro kawen lambat2..tiber.
eh guraw je laa.hek itupon nak amik ati~ tp seyes, aku da tak buat wedding shoot dah...

wehh ngantuk weh. saje je ko kan suro aku perah otak type lagi.

dah laaa bai..
wife tungguuu tu~

hauhauahu~

salam.

May 9, 2013

Perjalanan Transaksi Urbanisasi Sang Aizul Marcello

salam semua..selamat malam..apa kabo? sehat ke tidak korang?

korang mesti dendam kesumat bnci gila kat aku kan sbb dah lama tak update blog kan?
biasa laa umur dah lanjut ( 24 tahun + 2 )..lagipun blog semacam dah ketinggalan bagi sesetengah blogger utk melempiaskan nafsu penulisan. tapi aku? gua relax je..gua bz uruskan hal wedding katakaw..

ok berbalik kepada tajuk entry kali ini, "perjalanan transaksi urbanisasi sang aizul marcello"..seriously, tajuk mcm gempak kan? tapi i have no idea at all..ntah hapa2 tajuk yang aku create..serius men hentam je tajuk..tp itu bukan pokoknya kan? pokoknya! korang baca apa yg aku tulis..

ok just nak bgtau..saat aku tulis ntry nih, ari kamis. meaning dat, sabtu nih aku dah jadi suami orang dah..waaa cpt gle..dulu kemain, main pasir depan rumah..tup2, eh nak jadi suami dah?
yer la..makin lama makin membesau kot..bukan makin kecik..ye dak??? huahauha..

tadaaa..nih gmbr 1st time ktorg jumpa..
time tu xcited laa kan? 1st time jumpa masa wedding adik aku, irine..30june2012.
makaseh kat irine, kalau tak, tak bergabung abg ko ngan akak lynda ko nih ha...

waktu skrg jugak, tunang aku, dok bz setelkan hal  khemah laa, packing goodies laa..penat gle ye aku tawu..time penat2 gila gini, kalau salah msg, mau merajuk lagi..hauhauah. so msg yg best2 je.."syg dah makan? syg dah mandi? syg dah itu syg dah ini"??..

if tanya, syg, tudung kod ST08 kat mana ek? kat dlm lemari ke dlm plstik? mau mengamuk tak memasal...hahaha owh bagi yang blom tau, skang aku ngan tunang dah bkk butik online...alhmdulilah semuanya berjalan lancar..if nak beli tudung or saja nak cuci2 mata boleh layari www.lyndaroslan.com.
terms cuci mata tu utk kaum hawa je..kaum adam, HANG KENAL NIH! **tunjuk penumbuk~ ngee3x..

haa apa lagi ek? ekceli tadi plan nak letak gmbr seketul then tulis caption sket..skali dpt keyboard seolah2 mcm dato lee chong wey dpt reket katakaw! 

ok rasanya tuh je laa kot..tetibe blank plak..kira ok laa kan, at least aku update lite2 blog nih..ngee3x

ok pic kat bawah pic aku kat rumah baru..maklumla rumah baru, so cawan pon blom ada lagi..malam tadi 1st nite aku tdo rumah baru..so bgn2 haus, g dapur wat air sanquick..haus . skali crk cawan takda..
jadi sebagai rakyat malaysia yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmatNYA, jadi aku ambil keputusan memanfaatkan apa yg ada..jadi, mangkuk hitam IKEA ( nak jugek ) dijadikan medium utk minum..




**jgn salah sgka ye, tu air sanquick..
bukan telur ayam kampung..
amboih2 kemain nakal korang..yer yer aku tawu mood nak kawen nih menjadi2..
har har har

ok laa..babai...

muah2x sbelum jadi suami org! 
ngee3x





Mar 15, 2013

Kita yang kene ubah!



Assalamualaikum dah salam sejahtera..



phew! sedar tak sedar, 12 bulan bertambah lagi ke atas umur aku baru2 ni. rasanya, mcm baru semalam ayah hantar ke sekolah dgn naik vespa. pegang erat perut ayah supaya aku tidak terjatuh. ketika itu, apa yg ada dlm minda, hanya perlu ke sekolah sbb ayah suro. kalau tak pegi, mmg kene marah. Ayah. yes! ayah! insan yg sgt rapat dgn aku. antara ramai2 anak ayah, aku ngaku mmg aku satu2nya anaknya yang degil. yang selalu berkonfrontasi dengan segala falsafah yang aku pertahankan. Ayah kata A, aku akan kata B. Ayah kata B, aku akan kata C. begitu laa setrusnya. Kalau anda gigih, anda boleh sambung hingga Z. kalau laa gigih...huh!

Dan kini, sehiingga ke saat ini, aku rasa masa sgt pantas berlalu. dari ketinggian sebesar tapak tangan, kini sudah 176cm tinggi aku. nak kata tinggi model, tidak la sgt. ckuplaa utk ketinggian org asia. dari single hinggalah bertunang dan kini aku menghitung hari utk menjadi suami kepada anak org! hoyy! cpt gle masa berlalu! apa ko ingt aku masih muda? tidak ye..

kadang2, aku suka carik pasal dan bermonolog dgn diri aku. terutamanya apa yang sudah jadi kepada diri aku. kenapa itu kenapa ini? kenapa belajar tinggi masuk UTM amik dgree kos profesional, tup2, keje sndri.
ok let me xplain to u guys. sejak kecil, ak mmg sudah minat dgn apa2 yang berkaitan dgn seni terutamanya seni gmbr. kadang2, akak dan adik bradik yang lain menjadi mangsa kepada subjek praktikal khayalan aku. tidak ckup dgn itu, kucing2 di rumah turut menjadi model sambilan. yang pnting, kepuasan dlm diri aku.

dari seorang amatur hinggalah aku rasa kini aku boleh menarik nafas lega dgn apa yang aku idamkan. Sejak di zaman universiti, hujung minggu aku mmg tiada. pendek kata, asal hujung mnggu je, outstation. ambil gmbr sana sini. nak kata nak duit sgt tidak lah..cumanya ianya ketika itu lebih kepada kepuasan dan minat. itu sahaja. masa, pergaulan dan sebagainya semuanya dikorbankan, semata2 kerana minat terhadap seni gambar! ok enough said.

habes je UTM dan dah grad, poooom terus aku berhijrah ke Shah Alam. mmperjudikan nasib sebagai seorang bos muda membuka studio photography aku bersama2 dgn rakan kongsi aku abg azad. Jujurnya, abg azad bnyk mmberi nasihat dan bnyk pengalaman yang dititipkan sepanjang hampir setahun setengah di sana.

genap hampir setahun setengah menyandang jawatan sebagai Creative Director, aku ambil keputusan utk keluar dr eyestudio dan membuka butik tudung online bersama tunangku, Lynda Roslan.
ok mmg gila! bidang yang tak pernah aku tau dan betul2 mencabar. sbb selepas ini segala rezkiku bergantung kepada butik online ini! bak kata org, kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dpt sagunya! nah! segala macam majalah dan apa saja yg berkaitan dgn tudung, aku beli dan khatamkan! fahamkan segala jenis tudung dan materialnya. belum masuk design lagi! mmg gila! siang malam siang malam dok wat reasearch bagaimana cara pemakaian tudung walaupun aku tak pakai. yer lah, kita nak start menjual, kita kene cinta produk kita dahulu. ye dak?

Dalam masa yang sama, minat terhadap photography masih menebal! yes! sbb itu sudah sebati dgn jiwaku.
Cumanya ada sedikit perubahan. kalau dahulu aku mmg ckup xcited utk mengambil gambar wedding, cumanya skrg, aku tak buat lagi dah. pendek kata, aku bukan wedding photograher lagi dah. jutaan terima kasih kepada hampir 600++ pasangan pengantin yang telah aku shoot selama ini! pengalaman sebnyk itu betul2 mengajar aku utk terus lebih kuat. Dan kini, aku lebih fokus kepada photography yang berkaitan dgn fashion, model,hijab photography kerana ianya lebih dkt dgn jiwa aku. Biarlah pelapis2 baru yang pernah aku titipkan ilmu wedding photography meneruskan perjuangan dan menceburi bidang yg luas ini.

Now, ALHAMDULILAH..mmg betul2 alhamdulilah bersyukur sgt kepada Allah sbb beri segala macam nikmat teruatamanya nikmat iman dan islam. Kini, aku bergerak secara sendiri dan mempunyai STUDIO sendiri di bawah label AizulMarcello Photography! . dan studio aku kini bergabung dgn butik kami iaitu HER by LYNDAROSLAN. kira dua benda aku jaga skrg! terima kasih kepada rakan2 yang selalu memberi semangat dan dorongan.

aku tau, mmg ramai di luar sana yang dah start berniaga secara online mahupun offline. Nabi sndri ckp, 9/10 rezeki adalah dari berniaga! nah! itu nabi sndri dah bagi jaminan, kenapa kita sndri takut? kenapa kita selalu nak mmpersoalkan jaminan yang telah diberi. BERANI dan IKHLAS adalah kunci kejayaan dlm perniagaan!

Aku selalu ingtkan client2 photography butik online aku, bahawa gmbr betul2 mmberi kesan yang mendalam dalam meningkatkan mutu jualan. yes! aku mengaku, org kita penakut! penakut nak keluarkan modal yang sedikit utk dilaburkan utk photography sedangkan mereka sndri tak tahu, gelombang hasil jualan berdasarkan gmbr yang menarik mmpu meningkatkan jualan mereka. Sbb apa aku ckp mcm nih..sbb aku sndri xperience benda yg sama. Bayangkan, tudung yg anda jual, anda hanya snap mggunakan hp di lantai, dan satu lagi dgn proper photography dgn lighting studio yang menarik! sudah pastinya yg proper lebih menarik perhatian bukan? bukan laa niat utk mmbangga, tp aku sndri suka bila org melayu kita bangkit sama2 utk meningkat margin keuntungan. kita tidak tahu apa yang akn jd pada diri kita.
Tak ada masa utk ke studio? boooo! tu alasan je tu? tidak ckup bajet utk photoshoot di studio?? bluwekkk! aku bukanlah jenis org yang tak boleh dibawa berbincang dgn harga photoshoot! tp berpada2 laa kalau nak mntak kurang tuh kan..hehe.

ok kadang2 aku tak tau lagi nak mmbantu rakan2 yg sama2 menceburi bidang perniagaan online nih. puas dan berbuih ajak photoshoot di studio! degil! hahaha. takpe, kalau taknak ubah, boleh teruskan dgn apa yang korang sudah lakukan skrg. Kalau rasa nak baiki margin keuntungan ke tahap yg maksima! , nah aku bg email aku, kita negotiate kat sana. kalau tak tanya, mana nak tau kan?

email : aizul_marcello@hotmail.com

lemparkan seberapa bnyk soalan skalipun, insyaallah aku reply. kalau ak x reply pon admin ak akan reply! don wory!


antara hasil yang pernah aku buat utk butik online ktorg, Her By Lyndaroslan.

ok rasanya smp sini je laa kot...
if ada masalah or sebarang pertanyaa, boleh direct contact kat email aku ok!
email : aizul_marcello@hotmail.com

challooo betey!