Jun 13, 2017

Apa yang ada di FAMILYMART?



Ok bila kita sebut je nama FAMILYMART, ada yang dah tau, dan ada yang masih belum tahu kewujudannya? As for me, kebetulan awal tahun lepas, aku ada bercuti utk sambut besday wife di Jepun, so merasa sendiri pengalaman masuk ke FamilyMart Jepun.

haa nampakkk, abg siap tunjuk bukti g Jepun aritu. kah! 


FamilyMart nih ekceli konsep dia sama mcm store retail chain yang bnyk tumbuh di Malaysia nih, cuma bagi aku, lagi best. Dan lagi best kalau korang mmg suka konsep2 barangan Jepun. Bila sebut je nama FamilyMart nih, ekceli FamilyMart nih datangnya dari Jepun pada tahun 1973 dan berkembang sehingga sekarang. Sehingga ke tahun ini 2017, lebih daripada 25,000 buah FamilyMart ada di seluruh dunia yang melibatkan 8 buah negara iaitu of course Jepun sendiri, Taiwan, Thailand, China, Vietnam, Indonesia, Filipina, dan yang terbaru di negara kita sendiri iaitu Malaysia.  tooodiaaa siap belajar sejarah haa. Kalau di Malaysia, setakat harini, dah ada lebih dari 12 buah FamilyMart ( ada yang 24 jam, ada yang ikut waktu shopping complex operation ). dan aku harap lebih banyak FamilyMart dibuka dengan segera sbb best gila!





seronok kan.. sbb bila tgk tersusun jek pelbagai product makanan. Ada yang datang dari Malaysia, dan ada yang import khas dari Jepun sana.

dan dan dan...

bersempena dengan Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal tiba nih, FamilyMart ada sediakan Produk Makanan baru yang sesuai dengan tekak kita org Melayu nih. dan ktorg aritu blogger2 dan smpt aku bawak family . mmg enjoy gila juadah makanan yang ada.





FamilyMart mmg sediakan satu ruangan khas yang dipanggil " Mini Bazzar Ramadhan" dan dekat sini laa terletaknya juadah2 yang dah Ready to Go! korang just beli, dan panaskan kat microwave yang disediakan dlm FamilyMart nih atau bawak balik dan panaskan kat rumah.

Rasa??

haaa nih part yang aku suka nak bgtau. Walaupun xda laa sepakar chef2 termuka kt luar sana, tapi aku boleh ckp, Rasanya mmg A+! lagi2 sambal tumis ikan bilis dia. perghhh! terangkat mmg berkali2 aku tambah time tuh.

Basically, utk juadah baru Mini Bazaar Ramadhan nih ada plenty of food yang disediakan. Antaranya Nasi Pulut Kuning, Nasi Impit, Lemang ( haaa jangan x percaya, lemang pon ada okey! ), Nasi Putih ( kalau yang x smpat nak masak kat rumah ), Sambal Tumis Ikan Bilis ( fav aku dan sedap ), Ayam masak merah, Ayam Kapitan ( this one wajib try ), Kari Ayam, Rendang Ayam, Kuah Lodeh, Nasi Tomato Bento dan banyakkkk lagi! Nampakk.. banyakk kan? Masa mula2 amik, aku tgk portion dia mcm siket jek, tapi bila dah makan, dua org pon boleh kenyang.

Harga?

dari segi harga plak, mmg sgt sgt Murah bagi aku untk kualiti dan portion yang disediakan. Macam satu bekas ayam kapitan tu for example, baru RM5.90, siap dua org boleh makan. Tu haa smbal tumis, baru RM4.90. Mana nakkk dpt dekkk. Dah laa sedap, murah, cepat plak tuh. Buat korang yang jenis nak cepat, jenis tak da masa, baik singgah ke mana2 FamilyMart yang terdekat skrg!





Anak2 aku pon cukup suka masuk FamilyMart nih, sbb toys yang dengan cekedis tuh pon ada jual. Sukati dia jek nak amik apa dia suka. Haa nampak, FamilyMart nih konsep dia berjaya buat seisi family nak datang kat sini.

Sebenornya banyak jek lagi Produk dan Perkhidmatan yang disediakan dalam FamilyMart tu sendiri. Antaranya, Makanan yang sedia utk dimakan ( mcm yang aku xplain kat atas tuh ), termasuk signature FamilyMart tu sendiri, Oden, Bento, Onigiri, Sofuto Ais Krim, Sandwhiches, roti, pelbagai pilihan mee dan pasta dan banyak lagi lah.

FamilyMart nih pon ada barangan import ( bukan makanan ) turut dijual spt tisu make-up remover, set manucure, facial masks la. eh mcm2.

Kalau dr segi perkhidmatan, haaa kat sini korang boleh print2 dokumen, nak bayar bill boleh, nak topup dan reload boleh dan mcm2.

Shampoo, sabun, ubat gigi, berus gigi, barangan keperluan rumah, semuaa ada!!

Huissshhh best terlampau best kan!


nih masa anak aku cantik2 semenggah lagi perangai dengan Kebarung Xaara Red.
Lepas beberapa ketika, rambut pon xserupa rmbut dah. 
xaara ...xaara.. hahaha





Haaa nih laa juadah yang aku cakap tadi. Ko tgk sambal atas tuh dan lauk pauk yang ada. ckup menggiurkan ye . Sempat tapau bawak balik rumah, sbb  nak bersahur pap pap pap siap!
Mcm aku ckp, Fav aku Ayam Kapitan, dan sambal Tumis dia. Ckup dua ni kenyang dah.






haaa last but not least, nih laa geng2 blogger yang turut memeriahkan majlis.. Makan, borak, makan borak, makan borak, sampaai memasing boncet.


Cepat laaa FamilyMart bukak kat area Shah Alam pulak. hehe


Dua adik beradik yang puas hati dpt mengepaww barang2 dlm Family Mart! 

Sekian.




2 comments:

Anonymous Borden said...

bukan jutawan ke? kenapa jual boxer n coway?

Dewi Aja said...

Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)